• Home
  • Siapa Kami?
  • Senarai Peserta
  • Aturcara Majlis
  • Lokasi
  • Galeri
  • Siapa Kami?


    Apa itu IKRAMTeens?

    IKRAMTeens ialah sebuah kelab remaja yang menjalankan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan potensi diri remaja dan bernaung di bawah PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA.

    Falsafah IKRAMTeens

    a) IKRAM – Merujuk kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia
    b) Teens – bahasa kontemporari yang merujuk kepada Remaja.

    Misi

    Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri ciri unggul dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan, mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.

    Motto


    “Menyerlah Jauh daripada Biasa”

    IKRAMTeens berhasrat melahirkan Remaja yang Menyerlah jauh daripada Biasa, remaja yang sentiasa berkualiti dari aspek amal ibadah, remaja yang lebih mantap kepimpinannya, Remaja yang berakhlak setiap masa, berupaya member manfaat yang banyak buat ummah dan masyarakat, remaja yang berwawasan tinggi, Kreatif, inovatif dan berinisiatif, semua ini sesuai dengan firman Allah swt :

    “Kamu adalah ummat yang terbaik ( Menyerlah jauh daripada biasa ) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf, dan mencegah dar yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakkan mereka adalah fasik “ ( Ali Imran – 110 )

    Objektif

    ● Menggerakkan remaja ke arah penghayatan islam yang tulen dan sejati serta berakhlak mulia.
    ● Melahirkan barisan remaja yang memiliki ciri-ciri islamik, unggul dan kontemporari bersedia untuk menghadapi cabaran semasa.
    ● Menyediakan remaja yang berkepimpinan dan berwawasan tinggi untuk menerajui barisan kepimpinan ummah, masyarakat dan negara.
    ● Mewujudkan remaja yang mampu menyantuni, berinteraksi, memberi manfaat dan menyumbang kepada masyarakat serta institusi nya.

    Struktur Institusi

    ● Beroperasi diperingkat Pusat, Negeri dan Daerah.
    ● Satu institusi dibawah Sekretariat Remaja IKRAM Pusat (SRIP)

    Aktiviti yang akan dijalankan  mempunyai ciri dan merangkumi aspek mental, jasad dan rohani (MENTaRi)

    ● Pembangunan Sakhsiah
    ● Pembangunan Ilmu dan Minda
    ● Pembangunan Amal
    ● Kecemerlangan Akademik
    ● Pembangunan Kemahiran Diri
    ● Pemimpin dan Kepimpinan
    ● Bijak IT dan Celik Media
    ● Perkhemahan dan aktiviti lasak
    ● Sukan dan rekreasi.
    ● Hiburan, Seni dan Kebudayaan
    ● Survival hidup / Kendiri
    ● Penulisan dan penerbitan
    ● Prihatin Masyarakat
    ● Program Kesedaran Ummah Antarabangsa
    ● Interaksi antara Kaum dan Agama
    ● Amar maarof nahi mungkar
    ● Masjid Mesra Remaja